Kerajaan akan melaksanakan projek pembangunan bersepadu Ipoh Sentral untuk memberi keselesaan kepada lebih 4,000 penumpang harian di Stesen Keretapi Ipoh, stesen yang paling sibuk selepas KL Sentral.<br /><br />Dalam masa sama, bangunan warisan termasuk stesen keretapi dan kuil-kuil yang terdapat di sekitar kawasan berkenaan akan dikekalkan.